welcome2

Selasa, 29 Maret 2011

Cara Iblis dan syaitan mempengaruhi manusia

1. meragukan : ragu tentang Tuhan, tentang sifat Tuhan, meragukan orang tentang rukun iman. Kalau dia tidak dapat meragukan manusia, dia coba jalan lain:

2. mengabaikan : mengajak manusia untuk tidak mengikuti syariat

3. mencuaikan : akhirnya orang hanya percaya rukun iman, tapi cuaikan syariat: tidak solat, tak puasa, halal dan haram dicuaikan. Kadang berbuat kadang tidak. Kalau tak dapat dicuaikan, orang tersebut melaksanakan syariat tapi, dilalaikan. Sehingga beribadah tapi tak dihayati, sembahyang tapi tak khusyuk. Kalau tak boleh juga, syaitan akan buat cara lain.

4. Ditipu daya. Bagaimana caranya? :
Syaitan menipu dayakan manusia dengan harta, pangkat dan nama, tapi dalam keadaan ini syaitan tak boleh sangat menipu daya, sebab mudah orang lain nampak. Mudah nampak dengan harta pangkat manusia terpedaya.

5. Jadi manusia ditipu daya dengan ibadah, dengan kebaikan. Cara menipu daya dengan ibadah ini, biasanya manusia tak terasa/tak nampak. Orang yang ditipu daya dengan ibadah, dia buat semua ibadah-ibadah : solat puasa zakat haji. Tapi syaitan menipunya dengan membisikkan kepada dia :
"Engkau baik, hebat, luar biasa, jangan-jangan engkau dah jadi wali." Tipu daya ini lagi bahaya. Sebab dia menipu daya dengan kebaikan.
"Hebat engkau. Engkau pejuang, wira hebatlah awak, kalau bukan kerana engkau, org tak sedar dengan agama, tak solat, tak puasa." Hati kitapun berbunga-bunga. Itu kerja syaitan.
Ditipu dengan nama pangkat tak boleh, sebab itu jelas dunia.
Jadi dia dorong kita berjuang, berdakwah lalu dia bisik kita "Hebat awak, awak orang paling baik, di kampung ni orang tak seperti awak." Lalu dia kata : "Tak usah bimbang engkau mesti masuk syurga." Jadi takut dengan Tuhan tak ada. Dia rasa kerana ibadah dia dijamin syurga. Tak takut lagilah denga neraka, dengan Tuhan. Abid-abid, pejuang-pejuang semua ditipunya. Orang-orang solat malam ditipunya. Orang alim ditipunya. Orang baca Quran juga ditipunya.

6. Diadu domba. Orang puasa, orang sembahyang, diadu domba. Saya hasad dengan enta enta hasad dengan saya. Orang mengadu domba. Diadu domba. Kalau orang tak ikut syariat diadu domba boleh tahan. Ini orang yang bersolat, berpuasa, yang pergi haji, yang berjuang diadu dombanya. Kemudian kalau ada individu yang memang dia boleh lawan semua godaan, syaitan mencuba dengan was was.

7. Waswas. Contoh :solat dah 2 rakaat atau 3?.
Waswas pada orang berjuang :" Awak berjuang-berjuang ni nanti nak makan apa? macam-macamlah dia was-waskan. Jangan-jangan nanti isteri tak suka nanti macam mana? di was-waskan tentang isteri. Sekarang tak apalah nampak baik. Nanti berjuang-berjuang kena jaga juga isteri.
Diwas-waskan lagi : "Awak kalau korban habis-habisan nanti miskin. Orang takkan tolong awak." Korban ke tidak? cubalah sikit-sikit. Akhirnya, patut korban RM90 jadi korban RM1. Kalau tak berjaya diwas-waskan, syaitan buat usaha lain. Syaitan buat berbagai cara, ibaratnya :Tak dapat telinga tanduk dipulas.

8. Disampuk. Sebab itu ada hadis yang mengatakan di waktu senja menjelang maghrib eloklah berada di dalam rumah sebab waktu itu syaitan keluar. Sebab jin ini dijadikan drpd api. Jadi panas. Jadi kalau dia main-main atau usik, kita sakit. Bila sakit tu, boleh jadi ibadah diringan-ringankan, hati berkata " Tak akan Tuhan tak ampunkan kalau aku sakit." Akhirnya biasa solat awal waktu jadi terlajak setengah jam.

9.Merangsang. Bila dah merangsang, seseorang itu macam ghairah sangat; mahu kaya cepat, mahu pandai cepat, mahu selesai cepat. Nak menang cepat, jadi gopoh, militan, nak berjaya cepat. Akhirnya gopoh langgar orang. Bila dirangsang, tak sempat berfikir. Terus bertindak. Nampak harta, kita tak ada , syaitan rangsang terus mencuri .

10. Merasuk. Seseorang itu jadi tak sedar. Histeria. Jadi bila orang tu dirasuki syaitan, kesan sakit ada. Melemahkan badan ibadah lemah berjuang lemah solat tidak awal waktu.

Itulah caranya iblis bersama teamnya merosakkan manusia paling tidak ada 10 cara. Kalau kita bahas lagi mungkin ada lebih. Tapi 10 cara itu sudah cukup banyak.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar